No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Showing posts with label Acara. Show all posts
Showing posts with label Acara. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Hari Koperasi Negara 2010

Minggu ini..bermula dari 16-18 July, sambutan Hari Koperasi Negara 2010 akan berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2. Semoga majlis / expo koperasi ini mendapat sambutan daripada semua pengunjung yang hadir ke Bandar Kuantan ini....

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hari Koperasi Negara 2010 bertemakan "Masyarakat Bersatu Koperasi Maju" akan diadakan di Kuantan, Pahang mulai 16 Julai selama tiga hari. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sambutan itu akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambutan itu bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara, akan disertai 150 pengusaha koperasi dari seluruh negara yang akan mempamerkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka di tapak jualan yang disediakan.....

Kepada pengunjung INAS HOMESTAY yang mewakili pengusaha koperasi dari Terengganu, Terima Kasih kerana memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda. Semoga segala urusan anda disini berjalan dengan lancar...

Monday, June 21, 2010

JOM HEBOH datang lagi....yeahh!


Insyallah..hujung minggu ni bandar Kuantan akan di penuhi oleh kesesakan pengunjung yang ingin beramai2 memeriahkan Karnival Jom Heboh TV3 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2. Tak perlu lagi rasanya di perjelaskan tentang karnival yang sememangnya sudah sedia maklum terkenal di serata negeri dalam Malaysia ini.


Lokasi ini hanyalah 7km atau <10 min daripada Inas Homestay. Kepada semua penduduk di negeri Pahang dan juga pengunjung daripada luar, "Selamat Datang" di ucapkan kepada anda semua. Semoga kemeriahan acara Karnival Jom Heboh ini tidak dicemari dengan peristiwa2 yang tidak diingini...Insyallah....

Dan kepada pengunjung yang sudi bertandang ke Inas Homestay, "Terima Kasih daun keladi diucapkan, Insyalah, panjang umur kita akan berjumpa lagi..."...

Sunday, June 6, 2010

Musim kenduri kendara


First of all, nak ucapkan Happy School Holiday kepada semua...Ye lah kan, walaupun cuti ini khas untuk anak2 yang bersekolah, tapi dikalangan kita org dewasa juga turut saya meraikan school holidays ini kerana berkesempatan meluangkan masa bercuti bersama-sama keluarga tersayang.


Lazimnya, acara yang wajib memeriahkan program cuti sekolah ialah Majlis Kenduri Kendara sebegini. Pada musim cuti persekolahan lah ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis kahwin bagi menyatukan hubungan sesama keluarga mahupun rakan taulan...Insyallah, semoga semua majlis yang dirancang berjalan dengan sebaiknya....


Walau dimana sahaja majlis penuh makna ini berlangsung, peranan keluarga adalah sangat penting. Keselesaan rombongan keluarga yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada bakal Raja Sehari perlu dititik beratkan. Justeru itu, rancanglah perjalanan anda dengan teratur..


Bagi yang konvoi beramai-ramai ke destinasi yang ditetapkan, didoakan semoga perjalanan kalian selamat tiba di destinasi dengan sebaiknya..Sentiasa beringat untuk berhemah semasa memandu...Keselamatan semua perlu diutamakan...




Kepada semua pasangan mempelai dan Raja Sehari, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga kekal bahagia jodoh hingga ke anak cucu....

Terima Kasih kerana memilih Inas Homestay sebagai tempat untuk bersinggah. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi....:)