No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Showing posts with label Kemudahan. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Update kemudahan di InasHomestay

Pihak kami berpeluang untuk menaik taraf kemudahan yang ada di InasHomestay demi untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengunjung kami.


~ Penghawa dingin telah dipasang di Bilik Tidur 1




 ~ Astro telah siap untuk ditonton disini

Diharap dengan adanya kemudahan tambahan ini, lebih menjamin keselesaan dan kepuasaan kepada pengunjung yang menginap disini. Semoga kami juga mendapat kerjasama daripada semua pengunjung untuk menjaga segala kemudahan yang ada di InasHomestay ini dengan sebaiknya....


Terima kasih diucapkan kepada semua...

Wednesday, May 5, 2010

Kemudahan lain

Di Inas Homestay ini juga, terdapat alat kelengkapan rumah lain-lain seperti :

1. Mesin basuh


2. Ampaian kain (di anjung kereta)


3. Rak ampaian (di dalam rumah)


4. Rak kasut


5. Penyapu & Bakul sampah


Bilik tidur

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur (tingkat atas) + 1 bilik serbaguna ( dibawah). Kemudahan yang tersedia dibilik ialah seperti :
1. Bilik 1 dan Bilik 2 : Katil Queen saiz, almari baju, sejadah / telekung, TOTO (Narita), 2 bantal tambahan beserta dengan tuala mandi (2 helai)
2. Bilik 3 : Katil Single saiz, sejadah, rak, tuala mandi (1 helai)


Saterika dan papan penggosok diletakkan di bilik serbaguna.

Ruang Dapur

Tidak lengkap rasanya, percutian anda jika tidak dimasukkan dengan perancangan menu bersesuai. Di Ruang Dapur disini, kami menyediakan pelbagai alat kelengkapan memasak (untuk mereka yang ingin berjimat kos daripada makan diluar) seperti :
1. Dapur dan peralatan memasak
2. Peti ais beserta dengan 2 botol air mineral
3. Air masak tersedia dalam Penapis Tadahan Air
4. Periuk nasi, Pembakar roti, Pengisar
5. Pemanas air elektrik dengan teh dan gula
6. Set 'Glassware' & 'Diningware'


Untuk keselesaan pengunjung menikmati makanan, Ruang Makan dilengkapi dengan kipas siling dengan set meja 4 kerusi dan tisu. Selamat menjamu selera.....

Pandangan dalam rumah

Sesuai dengan konsep 'homestay', kemudahan kelengkapan rumah ada disediakan supaya pengunjung dapat merasai seolah-olah berada di dalam rumah sendiri dan selesa. Segala kemudahan yang tersedia memang dipastikan berada dalam keadaan bersih, baik dan terjaga.


Ruang Tamu
Dilengkapi dengan kipas siling, karpet, sofa, TV untuk keselesaan pengunjung berehat bersama keluarga. Turut diletakkan disudut dengan set kerusi rotan dan majalah-majalah untuk bacaan.