No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Homestay Kuantan

Pilihan homestay sekarang adalah terlalu banyak. Terpulang kepada pengunjung, inginkan sebuah homestay yang bagaimana....?
  • Berhampiran dengan pusat bandar (mudah untuk membuat pelbagai urusan)
  • Berhampiran dengan kemudahan awam (kedai makan, bank, stesen minyak, surau/masjid)
  • Murah tapi kurang kemudahan peralatan murah
  • Mahal tapi lengkap serba serbi peralatan rumah
  • Mahal tapi selesa dan kebersihan terjamin
  • Mahal tapi hakikatnya dapat berjimat banyak kos berbanding menginap di hotel
Tepuk dada tanya selera ya.....



Terima Kasih kepada semua pengunjung InasHomestay.....


Monday, January 2, 2012

Salam 1Malaysia 2012.....


Alhamdulillah.....

Masih lagi berkesempatan untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa pada kemunculan tahun 2012 ini. Bagi pihak InasHomestay sendiri, masih lagi terus menyediakan kemudahan penginapan yang berkonsepkan "a home to stay"  ini....dan kami berpeluang untuk menaik taraf kemudahan di homestay ini demi untuk keselesaan dan kepuasan hati pengunjung semua

Sambutan Tahun Baru 2012 disini tak kurang juga meriahnya dengan percikan bunga api. Pada malam tahun baru itu, keadaan trafik di bandar Kuantan memang sungguh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu nak melihat percikan bunga api...:)

Selamat Datang ke Kuantan.....Selamat Datang ke InasHomestay juga...:)

Monday, August 29, 2011

Salam Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah

" Menjelang hari yang dinanti untuk dirai,
Ingin diungkap terima kasih.terima kasih..terima kasih... atas segala baik budi,
Jasa kalian dingat hingga ke akhir nani,
Andai salah silap ada terpatri,
Harap dimaafi jua untuk kesekian kali,
Moga Aildilfitri ini membawa 1000 kerahmatan yang pasti disyukuri,
Maaf Zahir & Batin,
Daripada kami...~ INAS HOMESTAY"



Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011....

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung inashomestay.blogspot.com...

Alhamdulillah, sudah menginjak ke tahun 2011. Masa seakan bergerak begitu pantas. Sedar tak sedar, kita sudah pun berada di permulaan tahun baru yang bakal merakamkan seribu macam peristiwa dan kenangan. 


InasHomestay ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih diatas kesudian semua pengunjung yang telah sudi bertandang bermalam menjadi tetamu Inashomestay sepanjang tahun 2010. Semoga kalian semua berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan disini.

Insyallah, kami di pihak InasHomestay akan sentiasa meningkatkan khidmat layanan dan menambahbaikan kemudahan tersedia untuk memastikan kepuasan dan keselesaan para pengunjung yang sudi bertandang ke homestay kami. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita akan terus terjalin dan berpanjangan.....

Selamat tinggal 2010...Semoga kehadiran 2011 akan memberikan kita lebih keberkatan dan rahmat kepada kita semua. Salam mesra yang berpanjangan daripada kami di InasHomestay.....

Tuesday, December 7, 2010

1432H..Lembaran baru


Assalamualaikum serta Salam Maal Hijrah 1432 buat semua pengunjung inashomestay.blogspot.com.......

Alhamdulillah, kita semua masih diberikan kesempatan dan peluang untuk memperbaiki diri. Dikesempatan lembaran baru ini, marilah kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik dengan positif minda.

Harapan kami, kepada semua pengunjung yang pernah dan yang bakal menjadi tetamu kami berpuas hati dan selesa dengan semua kemudahan yang disediakan di InasHomestay. Semoga InasHomestay akan terus menjadi pilihan para pengunjung semua sebagai tempat untuk tumpang berteduh sementara.



Insyallah, segala kemudahan yang tersedia akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa....

Akhir kata.....Semoga tahun baru ini menjanjikan kepada kita seribu rahmat disebalik amalam baik yang dilakukan. Aminn......Salam mesra daripada kami di InasHomestay....

Tuesday, November 23, 2010

Manfaatkan cuti sekolah bersama keluarga

Salam untuk semua....

Kejap ajer masa berlalu, rupanya kita sudah pun berada di penghujung tahun 2010. Penghujung tahun yang semestinya bakal dinantikan oleh anak-anak kerana sudah sampai masanya musim cuti akhir persekolahan untuk tahun 2010 ini.


Tentu ada pelbagai perancangan percutian yang telah dirangka. Apa yang penting, luangkan masa yang berkualiti bersama dengan insan tersayang dengan membuat perancangan bajet yang teratur. Bagi yang perancangan menuju ke destinasi Pantai Timur khususnya bertandang ke bandar Kuantan, Inas Homestay mengucapkan "Semoga selamat sampai ke destinasi dan berhati-hati semasa memandu di jalanraya".

Bagi pengunjung Inas Homestay, terima kasih kerana sudi bertandang dan bermalam disini. Insyallah, anda akan berpuas hati dengan segala kemudahan yang tersedia. Semoga bertemu kembali...:)

Tuesday, September 7, 2010

Salam Syawal Aidilfitri 1431H


"Dengan Ingatan Tulus Ikhlas..kami dari keluarga Inas Homestay ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada semua pengunjung Inas Homestay.

Semoga Ikatan Silaturahim Kekal Abadi....
Maaf Zahir & Batin"

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulilah....kita masih lagi berkesempatan untuk menikmati kunjungan bulan mulia Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan kita lebih rasa bersyukur dan tawakkal kepadaNya.

"Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam...Salam Ingatan mesra daripada kami di Inas Homestay....."