No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Percutian di Kuantan

Assalamualaikum buat semua pengunjung InasHomestay...


Sempena kedatangan musim cuti persekolahan (bermula minggu hadapan) penghujung tahun ini, kami pasti ramai yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Bagi anak-anak yang bersekolah, mereka pasti tak sabar menanti perkhabaran kemanakah destinasi percutian keluarga untuk kali ini. Bagi ibu bapa pula, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga bercuti ke destinasi pilihan masing-masing.




Sekiranya anda memilih Kuantan sebagai destinasi percutian kali ini, kami pasti anda tidak akan kecewa dengan pengalaman percutian anda disini. Antara info yang kami nak kongsi kali ini ialah :

Membeli belah
Disini terdapat 3 Shopping Mall yang utama yang memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung. Kebiasaanya, pada hujung minggu pasti ada acara-acara menarik sepanjang tahun diadakan di pusat-pusat membeli ini.


East Coast Mall ~ Ada Carrefour, Pawagam, Parkson, Food Court & Fastfood Restaurant


Berjaya MegaMall ~ Pawagam, Bowling Center, Parkson, Fastfood Restaurant

Kuantan Parade ~ The Store, Food Court

Manakala, gedung membeli belah Mydin dan juga Giant juga tidak ketinggalan sentiasa penuh sesak dengan pengunjung.

Makan-makan
Sangat banyak pilihan untuk tempat makan-makan bagi menjamu selera disini.

Fastfood Restaurant (KFC. McD, PizzaHut, Kenny Rogers, dll) memang mudah didapati dimana-mana (sekitar pusat bandar).


Manakala tarikan utama untuk menikmati aneka juadah makanan laut (seafood taste) dan keenakan ikan bakar, pengunjung bolehlah berkunjung ke kawasan Tanjung Lumpur bermula dari jam 6pm sehinggalah ke lewat malam. banyak pilihan kedai makan seafood yang pasti akan memenuhi selera anda. Antara restoran yang mesti anda boleh kunjungi ialah East Coast Steaboat, Santai Restoran, Ana Ikan Bakar Petai, Mail Seafood, dll....

Untuk menikmati keenakan keropok lekor, satar atau pun otak2,,,kami mencadangkan anda mencuba selera di sekitar Beserah / Balok dan juga Peramu / Tanjung Lumpur. Sekali rasa, pasti anda akan mahu membeli bungkus untuk dibawa pulang juga...:)

New Horizon

Restoran lain yang pasti menarik selera anda ialah di PapaRich, SaraThai Seafood, New Horizon Rest., Haji Sharin Low, Cherating Steak House, Lila Wadi, dll...

SaraThai Seafood

Lila Wadi Restoran


Pantai
Teluk Chempedak adalah tempat mesti kunjungi bila tiba di Kuantan ini. Memang disini sangat happening dengan para pengunjung yang ingin berkelah dan bersiar-siar bersama keluarga.....Terdapat banyak kemudahan disini seperti gerai-gerai makan, jualan, tempat permainan kanak-kanak, tandas awam / surau.

Pantai Batu Hitam, berlokasi 8km dari pusat bandar. Untuk yang lebih suka kepada suasana kampung, memang sesuai datang berehat, berkelah dan bersiar-siar di kawasan percutian Pantai Batu Hitam ini.

Rekreasi

Bukit Gambang Resort City, berlokasi 30km dari pusat bandar. Sebagai salah satu tarikan utama negeri Pahang, taman tema air yang sungguh happening bercuti bersama keluarga seharian disini. Boleh lihat disini.

Kuantan River Cruise, pengalaman menyusuri sungai Kuantan di malam hari. Disamping boleh bersiar-siar bersama keluarga dengan gerai-gerai jualan yang dibuka disepanjang pesisir sungai ini. Kedai makan juga ada tersedia.

Taman Bandar, hanya sekitar 2 km daripada InasHomestay.

Taman Gelora, tasik buatan yang cantik. Sebagai tempat untuk bersiar dan berekreasi bersama keluarga. Juga sebagai tempat beriadah disini kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan. Boleh lihat disini.

Dan....suka juga kami ingin berkongsi info ini.....ini ialah kadar parking yang menggunakan kupon letak kereta disekitar bandar Kuantan.



Semoga anda berpuas hati dengan info kali ini. Kepada semua pengunjung yang sudi memilih InasHomestay sebagai tempat penginapan, terima kasih daun keladi kami ucapkan. Insyallah, panjang umur kita berjumpa lagi...

Salam Mesra daripada kami di InasHomestay....:)

Saturday, March 17, 2012

Pantai Batu Hitam


Salam Sejahtera kepada semua pengunjung InasHomestay...

Kali ni, Inas Homestay ingin berkongsi mengenai satu destinasi yang boleh menjadi halatuju pengunjung yang datang ke bandar Kuantan ini. Semestinya, destinasi yang harus disinggah ialah di Pantai Batu Hitam...



Lokasinya berada dalam linkungan hanya 5km dari Pusat bandar Kuantan, selepas melalui perkampungan nelayan Beserah. Pantai ini merupakan kawasan rekreasi yang sesuai untuk membawa ahli keluarga beriadah sambil juga boleh berpiknik dan bermain air dipesisir pantai ini. Kanak-kanak pasti suka bebas berlari disini sambil boleh bermain layang-layang dan pasir pantai....









Terdapat juga gerai-gerai makanan dan minuman disini. pengunjung bolehlah menjamu selera minum petang disini sambil menghirup udara segar pantai. 


ABC Special with Lai Chi Kang....buat penyejuk tekak yang kering

Antara menu yang popular disini ialah rojak yang diberi nama menunya "Rojak KLIA".



Kepada semua pengunjung luar yang bertandang ke bandar Kuantan, khususnya kepada tamu InasHomestay bolehlah meluangkan masa untuk bersantai di Pantai Batu Hitam ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. 

Salam mesra daripada pihak kami.....InasHomestay. Terima kasih kerana memilih kami sebagai tempat penginapan anda semua. Insyallah, panjang umur kita bertemu kembali....

Tuesday, January 10, 2012

Update kemudahan di InasHomestay

Pihak kami berpeluang untuk menaik taraf kemudahan yang ada di InasHomestay demi untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengunjung kami.


~ Penghawa dingin telah dipasang di Bilik Tidur 1




 ~ Astro telah siap untuk ditonton disini

Diharap dengan adanya kemudahan tambahan ini, lebih menjamin keselesaan dan kepuasaan kepada pengunjung yang menginap disini. Semoga kami juga mendapat kerjasama daripada semua pengunjung untuk menjaga segala kemudahan yang ada di InasHomestay ini dengan sebaiknya....


Terima kasih diucapkan kepada semua...

Tuesday, January 3, 2012

Rancang Percutian 2012


Untuk memudahkan urusan penempahan bagi yang berminat nak menginap di InasHomestay ini, disini kami tampilkan Kalendar 2012 dan juga senarai cuti umum di Malaysia. Semoga dengan adanya panduan rujukan ini, dapat membantu kita semua merancang percutian / urusan dengan lebuh teratur.


Kami di InasHomestay ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung InasHomestay 2011. Kemunculan 2012 ini akan kami nantikan dengan tangan terbuka kepada semua pengunjung yang bertandang. 

Jika sudah ada ketetapan tarikh untuk percutian / urusan, bolehlah membuat tempahan InasHomestay dengan segera ya.....

Wednesday, May 25, 2011

Info terkini daripada InasHomestay....

Lama tak update blog ni. Namun InasHomestay masih beroperasi seperti biasa menerima tempahan penginapan daripada pengunjung. Terlebih dahulu, kami daripada pihak InasHomestay mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke homestay kami.

Info terkini yang nak disampaikan ialah berkenaan dengan :
credit to Pakcik "Google" image..

  • Check-in 2:00pm dan Check-out 12:00pm. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out boleh dilanjutkan (dengan kadar RM5/jam atau persetujuan budi bicara ) 
  • Sebagai tanda "pegang janji / jadi", kami memerlukan deposit RM50/nite untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan.( deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan) 
  • "Full Payment" mesti dibuat semasa check-in. 
  • Muslim Sahaja. 
  • Pasangan / Kumpulan yang bukan muhrim adalah tidak dibenarkan sama sekali. 
  • Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati. 
  • Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup sekiranya keluar / tidak digunakan 
  • Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada didalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. 
  • Sampah dibuang didalam tong / bakul sampah yang disediakan. 
  • Sebelum check-out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal 
  • Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami

Semoga anda berpuas hati menginap di InasHomestay.....Salam mesra daripada kami :)

Monday, January 10, 2011

Kuantan : Peta sekitar bandar


1. Tourist Information Centre         A - Jalan Wong Ah Jang
2. Museum                                    B - Jalan Besar
3. State Mosque                            C - Jalan Mahkota
4. Shopping Mall                           D - Jalan Telok Sisek
5. Stadium                                     E - Jalan Beserah
6. General Market                          F - Jalan Tun Ismail
7. Hindu Temple                            G - Jalan Bukit Ubi  
8. Bus Terminal
9. State Secretariat Building
10. Police Station
11. Tourism Pahang Office
12. Kuantan Municipality
13. General Hospital (HTAA)

Semoga info ringkas ini berguna untuk para pengunjung luar yang bertandang ke bandar Kuantan.....Jangan lupa memilih InasHomestay sebagai tempat untuk penginapan anda ketika bertandang ke sini ya....:)

Tuesday, July 13, 2010

Welcome back...:)

Salam kepada semua pengunjung.

Alhamdulillah, tuan rumah dah selamat balik daripada bercuti. Maaf sangat2 kepada mereka2 yang menghubungi kami melalui telefon kerana mungkin tiada respon kerana kami bercuti dan berada di "luar kawasan liputan"...

Bermula hari ini, tempahan untuk Inas Homestay dibuka semula. Kesempatan ini juga, pihak Inas Homestay ingin mengucapkan jutaan maaf kepada mereka2 yang berminat untuk menempah tetapi sudah di booking oleh pengunjung lain (sama tarikh). Semoga di lain masa kita akan berkesempatan untuk bertemu...

Kepada yang sudi menyinggah dan menempah untuk menginap disini, sekalung ucapan Terima Kasih kami ucapkan....

Tuesday, July 6, 2010

Makluman

Salam kepada semua pengunjung blog Inas Homestay ini. Tuan rumah nak bagitau sedikit makluman...

"Pada 7-12 Julai 2010, Inas Homestay tidak akan menerima sebarang tempahan untuk menginap disini. Tempahan akan dibuka semula pada 13 Julai 2010 seperti biasa..."
Diharap dengan makluman ini akan dapat membantu saudara/saudari membuat perancangan percutian anda sekeluarga di bandar Kuantan yang permai ini. Insyallah, kita jumpa nanti....:)

Thursday, June 3, 2010

Panduan GPS


Sebagai panduan kepada pengunjung kali pertama ke Inas Homestay yang menggunakan khidmat alat GPS, disini kami letakan panduan titik peta dan kordinat yang sepadan sehingga sampai ke pintu homestay ini...

N 03' 49.054'
E103'17.775'
( ** tanda ' merujuk kepada darjah)


Dengan merujuk kepada alamat Inas Homestay seperti yang tertera di laman blog ini, pengunjung bolehlah memasukkan input yg bersesuai dengan data alamat yang ada.


Semoga dengan panduan ini dapat memudahkan perjalanan anda dan selamat tiba di Inas Homestay dengan jayanya. Kami menanti anda dengan salam kenalan yang berpanjangan......

Terima kasih kerana sudi singgah di Inas Homestay.....kita jumpa disana....:)

Wednesday, May 5, 2010

Info berguna

Lokasi homestay ini sangat bersesuai untuk pengunjung luar kerana berhampiran dengan kemudahan awam seperti :

1. Berhadapan dengan Masjid


2. Kawasan Gerai-Gerai Makan yang berhampiran. Boleh dengan hanya berjalan kaki sahaja untuk menjamu selera



3. 300 meter dengan Mini Market (pasar basah),Pasaraya Tunas Manja, kedai-kedai runcit, Farmasi, Klinik.



4. 500mtr dengan tapak Pasar Malam (setiap hari Jumaat)
5. Kemudahan pengangkutan Bas Awam yang mudah didapati.


Merupakan kawasan kejiranan yang selamat dan sejahtera aman damai. Semoga anda menikmati percutian keluarga dengan gembira disini......