No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Thursday, May 27, 2010

Menyusuri Sungai Kuantan




Lokasi : Taman Esplanade ( di pusat bandar Kuantan, berhadapan dengan Hopsital Tengku Ampuan Afzan (HTAA))


Merupakan sebuah kawasan yang terletak betul-betul di pusat bandar bagi kunjungan keluarga yang ingin meluangkan masa bersama. Pengunjung akan dapat menjamu mata dengan keindahan lanskap dan alam semulajadi disini dengan Sungai Kuantan yang terbentang luas.


Antara kemudahan awam yang ada disini ialah taman permainan kanak-kanak, tandas awam, kedai / gerai makan, kerusi duduk santai dan juga perkhidmatan menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kuantan dan memerhatikan kelip-kelip. Maklumat tentang servis menaiki bot ini tertera seperti di papan tanda dibawah:

RM15 per head for adult & RM8 for child (jadual perjalanan 4 trip sehari)


antara pilihan jenis-jenis bot yang ada...


Untuk makluman, aktiviti memancing juga sering dilakukan disini dan paling sesak pada waktu malam terutamanya malam minggu. Seringkali juga diadakan Pertandingan Memancing disini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan