No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Saturday, September 24, 2011

Jalan-jalan cari makan....

Restoran : ShamD Saji
Lokasi : Kompleks Dagangan Mahkota, 5 km dari InasHomestay, 1 km dari UIA




Inginkan citarasa pelbagai menu memenuhi selera anda?....Disini, ShamD' Saji restoran pasti dapat memenuhi selera anda. Pasti kelazatan masakan di restoran ini akan menggamit ingatan anda untuk kembali bertandang disini....

Pelbagai pilihan aneka lauk pauk....Yang pasti wajib dirasa ialah Patin Masak Tempoyak dan juga Ikan Keli Goreng Berlada...(tapi lauk pauk lain pun pasti best juga :))

Sambal Tempe Goreng pun ada tuu....

Keadaan ruang kedai yang bersih dan tersusun kemas



Harga tersedia dengan sungguh berpatutan


Dan...ini disediakan dengan percuma....

Jadi, pastikan ada tidak terlepas peluang untuk menikmati selera disini. Dibuka bermula dengan juadah makanan pagi pada pukul 7:30am-9:30pm dengan khidmat masakan panas bermula daripada pukul 6:30pm hingga ke malam juga tersedia.

Kepada tamu yang menginap di InasHomestay, jangan lepaskan peluang menjamu selera disini ya......:)

Monday, August 29, 2011

Salam Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah

" Menjelang hari yang dinanti untuk dirai,
Ingin diungkap terima kasih.terima kasih..terima kasih... atas segala baik budi,
Jasa kalian dingat hingga ke akhir nani,
Andai salah silap ada terpatri,
Harap dimaafi jua untuk kesekian kali,
Moga Aildilfitri ini membawa 1000 kerahmatan yang pasti disyukuri,
Maaf Zahir & Batin,
Daripada kami...~ INAS HOMESTAY"



Wednesday, May 25, 2011

Info terkini daripada InasHomestay....

Lama tak update blog ni. Namun InasHomestay masih beroperasi seperti biasa menerima tempahan penginapan daripada pengunjung. Terlebih dahulu, kami daripada pihak InasHomestay mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke homestay kami.

Info terkini yang nak disampaikan ialah berkenaan dengan :
credit to Pakcik "Google" image..

  • Check-in 2:00pm dan Check-out 12:00pm. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out boleh dilanjutkan (dengan kadar RM5/jam atau persetujuan budi bicara ) 
  • Sebagai tanda "pegang janji / jadi", kami memerlukan deposit RM50/nite untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan.( deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan) 
  • "Full Payment" mesti dibuat semasa check-in. 
  • Muslim Sahaja. 
  • Pasangan / Kumpulan yang bukan muhrim adalah tidak dibenarkan sama sekali. 
  • Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati. 
  • Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup sekiranya keluar / tidak digunakan 
  • Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada didalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. 
  • Sampah dibuang didalam tong / bakul sampah yang disediakan. 
  • Sebelum check-out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal 
  • Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami

Semoga anda berpuas hati menginap di InasHomestay.....Salam mesra daripada kami :)

Terbaik di YALA Seafood Restoran


Pakej menu dengan harga yang sangat berpatutan (boleh dikatakan murah...)


Ini salah satu restoran yang pengunjung mesti datang untuk menjamu selera dan InasHomestay tidak teragak2 untuk rekomen kepada semua. Menu dan masakan yang bakal dihidangkan disini pasti akan menambat selera semua. Dengan pilihan menu individu dan pakej yang tersedia, membuatkan pengunjung akan merasa berpuas hati dengan ketetapan harga yang berpatutan.

Ini pakej untuk 5 orang makan..lumayan sangat kan?


Pari bakar

 Kerang bakar

 Ketam goreng bercili

Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana signboardnya memang sudah jelas lagi bersuluh keceriaannya menarik perhatian pengunjung (credit to GREEN EARTH STUDIO & INDERA RESOURCES ). Lokasi nya bertempat di kawasan Batu Hitam / Balok, Beserah. Berdekatan dengan Hotel Swiss Garden & Resort. Sekiranya meluangkan masa untuk berpiknik di pantai Balok yang berhampiran, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung menjamu selera disini.



Semoga info yang InasHomestay sediakan ini berguna untuk semua pengunjung yang datang daripada luar. Selamat Menjamu selera ya....


Monday, January 10, 2011

Kuantan : Peta sekitar bandar


1. Tourist Information Centre         A - Jalan Wong Ah Jang
2. Museum                                    B - Jalan Besar
3. State Mosque                            C - Jalan Mahkota
4. Shopping Mall                           D - Jalan Telok Sisek
5. Stadium                                     E - Jalan Beserah
6. General Market                          F - Jalan Tun Ismail
7. Hindu Temple                            G - Jalan Bukit Ubi  
8. Bus Terminal
9. State Secretariat Building
10. Police Station
11. Tourism Pahang Office
12. Kuantan Municipality
13. General Hospital (HTAA)

Semoga info ringkas ini berguna untuk para pengunjung luar yang bertandang ke bandar Kuantan.....Jangan lupa memilih InasHomestay sebagai tempat untuk penginapan anda ketika bertandang ke sini ya....:)