No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Kemudahan & Galeri Gambar

Sesuai dengan konsep 'a home to stay', kemudahan kelengkapan rumah ada disediakan supaya pengunjung dapat merasai seolah-olah berada di dalam rumah sendiri dan selesa. Segala kemudahan yang tersedia memang dipastikan berada dalam keadaan bersih, baik dan terjaga.


Ruang Tamu
Dilengkapi dengan kipas siling + kipas berdiri, karpet, sofa, TV (Astro) untuk keselesaan pengunjung berehat bersama keluarga. Turut diletakkan disudut dengan set kerusi rotan dan majalah-majalah untuk bacaan.


Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur (tingkat atas) + 1 bilik serbaguna ( dibawah). Kemudahan yang tersedia dibilik ialah seperti :
Bilik 1 : Penghawa Dingin, sejadah, katil queen size, almari baju, TOTO, 2 bantal tambahan, tuala mandi (2helai)


Bilik 2 : Katil Queen saiz, almari baju, sejadah / telekung, TOTO (Narita), 2 bantal tambahan beserta dengan tuala mandi (2 helai)

2. Bilik 3 : Katil Single saiz, sejadah, rak, tuala mandi (1 helai)


Saterika dan papan penggosok diletakkan di bilik serbaguna (tingkat bawah)

Tidak lengkap rasanya, percutian anda jika tidak dimasukkan dengan perancangan menu bersesuai. Di Ruang Dapur disini, kami menyediakan pelbagai alat kelengkapan memasak (untuk mereka yang ingin berjimat kos daripada makan diluar) seperti :

1. Dapur dan peralatan memasak
2. Peti ais beserta dengan 2 botol air mineral
3. Air masak tersedia dalam Penapis Tadahan Air
4. Periuk nasi, Pembakar roti, Pengisar
5. Pemanas air elektrik dengan teh dan gula
6. Set 'Glassware' & 'Diningware'


Untuk keselesaan pengunjung menikmati makanan, Ruang Makan dilengkapi dengan kipas siling dengan set meja 4 kerusi dan tisu. Selamat menjamu selera.....

Lain-lain
1. Mesin basuh


2. Ampaian kain (di anjung kereta)


3. Rak ampaian (di dalam rumah)

4. Rak kasut
5. Penyapu & Bakul sampah