No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.

Friday, November 2, 2012

Percutian di Kuantan

Assalamualaikum buat semua pengunjung InasHomestay...


Sempena kedatangan musim cuti persekolahan (bermula minggu hadapan) penghujung tahun ini, kami pasti ramai yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Bagi anak-anak yang bersekolah, mereka pasti tak sabar menanti perkhabaran kemanakah destinasi percutian keluarga untuk kali ini. Bagi ibu bapa pula, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga bercuti ke destinasi pilihan masing-masing.




Sekiranya anda memilih Kuantan sebagai destinasi percutian kali ini, kami pasti anda tidak akan kecewa dengan pengalaman percutian anda disini. Antara info yang kami nak kongsi kali ini ialah :

Membeli belah
Disini terdapat 3 Shopping Mall yang utama yang memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung. Kebiasaanya, pada hujung minggu pasti ada acara-acara menarik sepanjang tahun diadakan di pusat-pusat membeli ini.


East Coast Mall ~ Ada Carrefour, Pawagam, Parkson, Food Court & Fastfood Restaurant


Berjaya MegaMall ~ Pawagam, Bowling Center, Parkson, Fastfood Restaurant

Kuantan Parade ~ The Store, Food Court

Manakala, gedung membeli belah Mydin dan juga Giant juga tidak ketinggalan sentiasa penuh sesak dengan pengunjung.

Makan-makan
Sangat banyak pilihan untuk tempat makan-makan bagi menjamu selera disini.

Fastfood Restaurant (KFC. McD, PizzaHut, Kenny Rogers, dll) memang mudah didapati dimana-mana (sekitar pusat bandar).


Manakala tarikan utama untuk menikmati aneka juadah makanan laut (seafood taste) dan keenakan ikan bakar, pengunjung bolehlah berkunjung ke kawasan Tanjung Lumpur bermula dari jam 6pm sehinggalah ke lewat malam. banyak pilihan kedai makan seafood yang pasti akan memenuhi selera anda. Antara restoran yang mesti anda boleh kunjungi ialah East Coast Steaboat, Santai Restoran, Ana Ikan Bakar Petai, Mail Seafood, dll....

Untuk menikmati keenakan keropok lekor, satar atau pun otak2,,,kami mencadangkan anda mencuba selera di sekitar Beserah / Balok dan juga Peramu / Tanjung Lumpur. Sekali rasa, pasti anda akan mahu membeli bungkus untuk dibawa pulang juga...:)

New Horizon

Restoran lain yang pasti menarik selera anda ialah di PapaRich, SaraThai Seafood, New Horizon Rest., Haji Sharin Low, Cherating Steak House, Lila Wadi, dll...

SaraThai Seafood

Lila Wadi Restoran


Pantai
Teluk Chempedak adalah tempat mesti kunjungi bila tiba di Kuantan ini. Memang disini sangat happening dengan para pengunjung yang ingin berkelah dan bersiar-siar bersama keluarga.....Terdapat banyak kemudahan disini seperti gerai-gerai makan, jualan, tempat permainan kanak-kanak, tandas awam / surau.

Pantai Batu Hitam, berlokasi 8km dari pusat bandar. Untuk yang lebih suka kepada suasana kampung, memang sesuai datang berehat, berkelah dan bersiar-siar di kawasan percutian Pantai Batu Hitam ini.

Rekreasi

Bukit Gambang Resort City, berlokasi 30km dari pusat bandar. Sebagai salah satu tarikan utama negeri Pahang, taman tema air yang sungguh happening bercuti bersama keluarga seharian disini. Boleh lihat disini.

Kuantan River Cruise, pengalaman menyusuri sungai Kuantan di malam hari. Disamping boleh bersiar-siar bersama keluarga dengan gerai-gerai jualan yang dibuka disepanjang pesisir sungai ini. Kedai makan juga ada tersedia.

Taman Bandar, hanya sekitar 2 km daripada InasHomestay.

Taman Gelora, tasik buatan yang cantik. Sebagai tempat untuk bersiar dan berekreasi bersama keluarga. Juga sebagai tempat beriadah disini kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan. Boleh lihat disini.

Dan....suka juga kami ingin berkongsi info ini.....ini ialah kadar parking yang menggunakan kupon letak kereta disekitar bandar Kuantan.



Semoga anda berpuas hati dengan info kali ini. Kepada semua pengunjung yang sudi memilih InasHomestay sebagai tempat penginapan, terima kasih daun keladi kami ucapkan. Insyallah, panjang umur kita berjumpa lagi...

Salam Mesra daripada kami di InasHomestay....:)

Wednesday, October 10, 2012

Homestay Kuantan

Pilihan homestay sekarang adalah terlalu banyak. Terpulang kepada pengunjung, inginkan sebuah homestay yang bagaimana....?
  • Berhampiran dengan pusat bandar (mudah untuk membuat pelbagai urusan)
  • Berhampiran dengan kemudahan awam (kedai makan, bank, stesen minyak, surau/masjid)
  • Murah tapi kurang kemudahan peralatan murah
  • Mahal tapi lengkap serba serbi peralatan rumah
  • Mahal tapi selesa dan kebersihan terjamin
  • Mahal tapi hakikatnya dapat berjimat banyak kos berbanding menginap di hotel
Tepuk dada tanya selera ya.....



Terima Kasih kepada semua pengunjung InasHomestay.....


Saturday, April 7, 2012

Taman Bandar namanya

                                      
Pintu masuk ke Taman Bandar 

Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog InasHomestay.....

Kali ni nak kongsi info berkenaan dengan tempat rekreasi yang behampiran dengan tempat penginapan InasHomestay. Jarak hanya dalam linkungan 2-3 km sahaja. Berhampiran dengan Kompleks Dagangan Indera Mahkota dan juga Kampus Universiti Islam Antarabangsa. Mercu tanda yang paling tepatnya adalah berdepan dengan Pejabat Imigresen Kuantan.

Laluan masuk ke taman

Disebelah kiri akan terpandangkan Laman Wooball ini

Kawasan letak kereta yang luas

Tumpuan utama kemudahan alat permainan kanak-kanak

Taman rekreasi ini menjadi tumpuan ramai pengunjung daripada pelbagai golongan. Kawasannya yang luas dapat memudahkan pengunjung melakukan pelbagai aktiviti disini. Golongan remaja gemar meluangkan masa untuk berjogging atau melakuakn aktiviti air seperti berkayak. Aktiviti keluarga juga seing diadakan disini seperti bersantai melepak sambil makan minum disamping membuat aktiviti riadah ringan. Bagi anak-anak ecil pula, sudah tentu mereka akan bersosial bermain dengan alat-alat permainan yang tersedia disini.

Aktiviti berkayak

Pemandangan yang redup dan sedap mata memandang

Sesuai sebagai tempat untuk melapangkan fikiran

Kemudahan tandas awam


Kemudahan pangkin tempat duduk yang selesa

Lagi view kawasan letak kereta yang luas

Cafe


Kepada semua pengunjung luar InasHomestay, semoga info ini dapat memberi idea kepada anda untuk kemana edisi jalan-jalan anda boleh dituju. Salam mesra daripada kami di InasHomestay....:)

Saturday, March 17, 2012

Pantai Batu Hitam


Salam Sejahtera kepada semua pengunjung InasHomestay...

Kali ni, Inas Homestay ingin berkongsi mengenai satu destinasi yang boleh menjadi halatuju pengunjung yang datang ke bandar Kuantan ini. Semestinya, destinasi yang harus disinggah ialah di Pantai Batu Hitam...



Lokasinya berada dalam linkungan hanya 5km dari Pusat bandar Kuantan, selepas melalui perkampungan nelayan Beserah. Pantai ini merupakan kawasan rekreasi yang sesuai untuk membawa ahli keluarga beriadah sambil juga boleh berpiknik dan bermain air dipesisir pantai ini. Kanak-kanak pasti suka bebas berlari disini sambil boleh bermain layang-layang dan pasir pantai....









Terdapat juga gerai-gerai makanan dan minuman disini. pengunjung bolehlah menjamu selera minum petang disini sambil menghirup udara segar pantai. 


ABC Special with Lai Chi Kang....buat penyejuk tekak yang kering

Antara menu yang popular disini ialah rojak yang diberi nama menunya "Rojak KLIA".



Kepada semua pengunjung luar yang bertandang ke bandar Kuantan, khususnya kepada tamu InasHomestay bolehlah meluangkan masa untuk bersantai di Pantai Batu Hitam ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. 

Salam mesra daripada pihak kami.....InasHomestay. Terima kasih kerana memilih kami sebagai tempat penginapan anda semua. Insyallah, panjang umur kita bertemu kembali....

Tuesday, January 10, 2012

Update kemudahan di InasHomestay

Pihak kami berpeluang untuk menaik taraf kemudahan yang ada di InasHomestay demi untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengunjung kami.


~ Penghawa dingin telah dipasang di Bilik Tidur 1




 ~ Astro telah siap untuk ditonton disini

Diharap dengan adanya kemudahan tambahan ini, lebih menjamin keselesaan dan kepuasaan kepada pengunjung yang menginap disini. Semoga kami juga mendapat kerjasama daripada semua pengunjung untuk menjaga segala kemudahan yang ada di InasHomestay ini dengan sebaiknya....


Terima kasih diucapkan kepada semua...