No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.

Tuesday, January 10, 2012

Update kemudahan di InasHomestay

Pihak kami berpeluang untuk menaik taraf kemudahan yang ada di InasHomestay demi untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengunjung kami.


~ Penghawa dingin telah dipasang di Bilik Tidur 1




 ~ Astro telah siap untuk ditonton disini

Diharap dengan adanya kemudahan tambahan ini, lebih menjamin keselesaan dan kepuasaan kepada pengunjung yang menginap disini. Semoga kami juga mendapat kerjasama daripada semua pengunjung untuk menjaga segala kemudahan yang ada di InasHomestay ini dengan sebaiknya....


Terima kasih diucapkan kepada semua...

Tuesday, January 3, 2012

Rancang Percutian 2012


Untuk memudahkan urusan penempahan bagi yang berminat nak menginap di InasHomestay ini, disini kami tampilkan Kalendar 2012 dan juga senarai cuti umum di Malaysia. Semoga dengan adanya panduan rujukan ini, dapat membantu kita semua merancang percutian / urusan dengan lebuh teratur.


Kami di InasHomestay ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung InasHomestay 2011. Kemunculan 2012 ini akan kami nantikan dengan tangan terbuka kepada semua pengunjung yang bertandang. 

Jika sudah ada ketetapan tarikh untuk percutian / urusan, bolehlah membuat tempahan InasHomestay dengan segera ya.....

Monday, January 2, 2012

Salam 1Malaysia 2012.....


Alhamdulillah.....

Masih lagi berkesempatan untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa pada kemunculan tahun 2012 ini. Bagi pihak InasHomestay sendiri, masih lagi terus menyediakan kemudahan penginapan yang berkonsepkan "a home to stay"  ini....dan kami berpeluang untuk menaik taraf kemudahan di homestay ini demi untuk keselesaan dan kepuasan hati pengunjung semua

Sambutan Tahun Baru 2012 disini tak kurang juga meriahnya dengan percikan bunga api. Pada malam tahun baru itu, keadaan trafik di bandar Kuantan memang sungguh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu nak melihat percikan bunga api...:)

Selamat Datang ke Kuantan.....Selamat Datang ke InasHomestay juga...:)