No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.

Tuesday, June 29, 2010

Singgah minum petang....

Mee Kari yang enak...

Pisang goreng yang serangupnya...

Lokasi: Gerai-gerai makan, berhadapan dengan IKIP Campus di Taman Tasik Gelora (kawasan rekreasi dan riadah keluarga). Hanya 10 min sahaja daripada pusat bandar Kuantan.



Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk mengalas perut sesuai dengan persinggahan bagi sessi minum petang disini....Lokasinya yang strategik dengan menyediakan pemandangan menghadap ke pantai dengan lambaian pohon rhu yang merendang....

Laksa Penang yang wajib dirasa....sekali rasa pasti mau lagi :)

Air barli sebagai penyejuk tekak...

Cekodok pisang dan udang antara yang popular disini..Juga terdapat byk lagi pilihan kuih muih yang lain.

Lada jeruk penambah rasa yang lebih umphh!...

Mee sup daging yang popular...

Semoga kehadiran anda disini terutamanya di bandar Kuantan ini berpuas hati dengan segala kemudahan tempat makan yang terdapat disini. Kepada pengunjung Inas Homestay, jangan segan-segan bertanya kepada kami hala tuju anda untuk bergerak di bandar ini..insyallah, kami akan sentiasa sedia membantu.

Monday, June 21, 2010

JOM HEBOH datang lagi....yeahh!


Insyallah..hujung minggu ni bandar Kuantan akan di penuhi oleh kesesakan pengunjung yang ingin beramai2 memeriahkan Karnival Jom Heboh TV3 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2. Tak perlu lagi rasanya di perjelaskan tentang karnival yang sememangnya sudah sedia maklum terkenal di serata negeri dalam Malaysia ini.


Lokasi ini hanyalah 7km atau <10 min daripada Inas Homestay. Kepada semua penduduk di negeri Pahang dan juga pengunjung daripada luar, "Selamat Datang" di ucapkan kepada anda semua. Semoga kemeriahan acara Karnival Jom Heboh ini tidak dicemari dengan peristiwa2 yang tidak diingini...Insyallah....

Dan kepada pengunjung yang sudi bertandang ke Inas Homestay, "Terima Kasih daun keladi diucapkan, Insyalah, panjang umur kita akan berjumpa lagi..."...

Thursday, June 10, 2010

Santai di Teluk Chempedak

Ini adalah kawasan perkelahan yang menjadi tumpuan pengunjung apabila sampai di Kuantan. Lokasinya yang berhampiran 5km dengan pusat bandar menjadikan tempat perkelahan ini sering sesak dengan orang ramai terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Keindahan pemandangan pantai yang menarik perhatian pengunjung untuk bermandi-manda dan bersuka ria bersama keluarga....kanak-kanak riang bermain air dan pasir pantai


Dengan kawasan lanskap yang terjaga, bersih dan selesa, pengunjung berpeluang untuk bersantai dan lepak berlama2 disini ini dengan kaum keluarga. Terdapat banyak kemudahan awam disini yang menjadikan tempat ini sebagai satu tumpuan "all in one" yang selesa.

kawasan permainan untuk kanak-kanak..antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah surau dan juga tandas / bilik air

laluan riadah / susur jalan yang dibina khas untuk ke seberang pantai sana....sekiranya kena pada masa, pengunjung akan berpeluang untuk beramah mesra dengan sekumpulan monyet-monyet yang jinak, menambah lagi seri pantai yang cantik ini....juga terdapat trek untuk jungle trekking disini

jualan cenderamata sebagai kenang-kenangan dari sini untuk pengunjung membawa balik...terdapat juga menghibur jalanan disini dan pelukis potret gambar.



restoran dan gerai-gerai makan yang tersedia bagi pengunjung untuk mengalas perut dan menjamu selera

Anjung untuk melihat pemandangan pantai....


24 hours KFC & McD yang tersedia menanti...


Kedai cenderamata....


Pemandangan pantai di waktu petang. Dengan pasir yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat damai dan menyegarkan...

Sunday, June 6, 2010

Musim kenduri kendara


First of all, nak ucapkan Happy School Holiday kepada semua...Ye lah kan, walaupun cuti ini khas untuk anak2 yang bersekolah, tapi dikalangan kita org dewasa juga turut saya meraikan school holidays ini kerana berkesempatan meluangkan masa bercuti bersama-sama keluarga tersayang.


Lazimnya, acara yang wajib memeriahkan program cuti sekolah ialah Majlis Kenduri Kendara sebegini. Pada musim cuti persekolahan lah ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis kahwin bagi menyatukan hubungan sesama keluarga mahupun rakan taulan...Insyallah, semoga semua majlis yang dirancang berjalan dengan sebaiknya....


Walau dimana sahaja majlis penuh makna ini berlangsung, peranan keluarga adalah sangat penting. Keselesaan rombongan keluarga yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada bakal Raja Sehari perlu dititik beratkan. Justeru itu, rancanglah perjalanan anda dengan teratur..


Bagi yang konvoi beramai-ramai ke destinasi yang ditetapkan, didoakan semoga perjalanan kalian selamat tiba di destinasi dengan sebaiknya..Sentiasa beringat untuk berhemah semasa memandu...Keselamatan semua perlu diutamakan...




Kepada semua pasangan mempelai dan Raja Sehari, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga kekal bahagia jodoh hingga ke anak cucu....

Terima Kasih kerana memilih Inas Homestay sebagai tempat untuk bersinggah. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi....:)

Friday, June 4, 2010

Pondok Laguna

Entri kali ini ingin berkongsi info tentang makan-makan lagi....:). Harap info ini dapat membantu pengunjung luar bagi memberi idea pilihan tempat makan untuk menjamu selera ketika berada di bandar Kuantan ini....

Restoran PONDOK LAGUNA ini terletak berhampiran dengan East Coast Mall di Putra Square di tengah pusat bandar Kuantan. Baru sahaja beroperasi kira-kira 3 bulan yang lalu yang menyediakan perkhidmatan sajian menu daripada seberang. Yang pastinya, Pondok Laguna ini telah disiarkan dalam episod 13 JJCM TV3.....glamer gitu....:)
No 47/47a (area Chinatown bazar),
Jalan Putra 3,
Putra Square 25200,
Kuantan,Pahang

 
aneka menu pilihan yang pasti akan menambat rasa dan selera anda semua....pasti cuba ya..:)



Es Tetel & Air Avocado

Gulai Isi (Ikan Merah)



Gado-Gado

Daging Dendeng


Ruang makan yang sangat selesa. Interior design pun cantik....Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. Hanya 15 min sahaja daripada Inas Homestay...Selamat Menjamu Selera ya...

Thursday, June 3, 2010

Panduan GPS


Sebagai panduan kepada pengunjung kali pertama ke Inas Homestay yang menggunakan khidmat alat GPS, disini kami letakan panduan titik peta dan kordinat yang sepadan sehingga sampai ke pintu homestay ini...

N 03' 49.054'
E103'17.775'
( ** tanda ' merujuk kepada darjah)


Dengan merujuk kepada alamat Inas Homestay seperti yang tertera di laman blog ini, pengunjung bolehlah memasukkan input yg bersesuai dengan data alamat yang ada.


Semoga dengan panduan ini dapat memudahkan perjalanan anda dan selamat tiba di Inas Homestay dengan jayanya. Kami menanti anda dengan salam kenalan yang berpanjangan......

Terima kasih kerana sudi singgah di Inas Homestay.....kita jumpa disana....:)