No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Sunday, June 6, 2010

Musim kenduri kendara


First of all, nak ucapkan Happy School Holiday kepada semua...Ye lah kan, walaupun cuti ini khas untuk anak2 yang bersekolah, tapi dikalangan kita org dewasa juga turut saya meraikan school holidays ini kerana berkesempatan meluangkan masa bercuti bersama-sama keluarga tersayang.


Lazimnya, acara yang wajib memeriahkan program cuti sekolah ialah Majlis Kenduri Kendara sebegini. Pada musim cuti persekolahan lah ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis kahwin bagi menyatukan hubungan sesama keluarga mahupun rakan taulan...Insyallah, semoga semua majlis yang dirancang berjalan dengan sebaiknya....


Walau dimana sahaja majlis penuh makna ini berlangsung, peranan keluarga adalah sangat penting. Keselesaan rombongan keluarga yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada bakal Raja Sehari perlu dititik beratkan. Justeru itu, rancanglah perjalanan anda dengan teratur..


Bagi yang konvoi beramai-ramai ke destinasi yang ditetapkan, didoakan semoga perjalanan kalian selamat tiba di destinasi dengan sebaiknya..Sentiasa beringat untuk berhemah semasa memandu...Keselamatan semua perlu diutamakan...




Kepada semua pasangan mempelai dan Raja Sehari, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga kekal bahagia jodoh hingga ke anak cucu....

Terima Kasih kerana memilih Inas Homestay sebagai tempat untuk bersinggah. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi....:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan