No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.

Friday, November 2, 2012

Percutian di Kuantan

Assalamualaikum buat semua pengunjung InasHomestay...


Sempena kedatangan musim cuti persekolahan (bermula minggu hadapan) penghujung tahun ini, kami pasti ramai yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Bagi anak-anak yang bersekolah, mereka pasti tak sabar menanti perkhabaran kemanakah destinasi percutian keluarga untuk kali ini. Bagi ibu bapa pula, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga bercuti ke destinasi pilihan masing-masing.




Sekiranya anda memilih Kuantan sebagai destinasi percutian kali ini, kami pasti anda tidak akan kecewa dengan pengalaman percutian anda disini. Antara info yang kami nak kongsi kali ini ialah :

Membeli belah
Disini terdapat 3 Shopping Mall yang utama yang memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung. Kebiasaanya, pada hujung minggu pasti ada acara-acara menarik sepanjang tahun diadakan di pusat-pusat membeli ini.


East Coast Mall ~ Ada Carrefour, Pawagam, Parkson, Food Court & Fastfood Restaurant


Berjaya MegaMall ~ Pawagam, Bowling Center, Parkson, Fastfood Restaurant

Kuantan Parade ~ The Store, Food Court

Manakala, gedung membeli belah Mydin dan juga Giant juga tidak ketinggalan sentiasa penuh sesak dengan pengunjung.

Makan-makan
Sangat banyak pilihan untuk tempat makan-makan bagi menjamu selera disini.

Fastfood Restaurant (KFC. McD, PizzaHut, Kenny Rogers, dll) memang mudah didapati dimana-mana (sekitar pusat bandar).


Manakala tarikan utama untuk menikmati aneka juadah makanan laut (seafood taste) dan keenakan ikan bakar, pengunjung bolehlah berkunjung ke kawasan Tanjung Lumpur bermula dari jam 6pm sehinggalah ke lewat malam. banyak pilihan kedai makan seafood yang pasti akan memenuhi selera anda. Antara restoran yang mesti anda boleh kunjungi ialah East Coast Steaboat, Santai Restoran, Ana Ikan Bakar Petai, Mail Seafood, dll....

Untuk menikmati keenakan keropok lekor, satar atau pun otak2,,,kami mencadangkan anda mencuba selera di sekitar Beserah / Balok dan juga Peramu / Tanjung Lumpur. Sekali rasa, pasti anda akan mahu membeli bungkus untuk dibawa pulang juga...:)

New Horizon

Restoran lain yang pasti menarik selera anda ialah di PapaRich, SaraThai Seafood, New Horizon Rest., Haji Sharin Low, Cherating Steak House, Lila Wadi, dll...

SaraThai Seafood

Lila Wadi Restoran


Pantai
Teluk Chempedak adalah tempat mesti kunjungi bila tiba di Kuantan ini. Memang disini sangat happening dengan para pengunjung yang ingin berkelah dan bersiar-siar bersama keluarga.....Terdapat banyak kemudahan disini seperti gerai-gerai makan, jualan, tempat permainan kanak-kanak, tandas awam / surau.

Pantai Batu Hitam, berlokasi 8km dari pusat bandar. Untuk yang lebih suka kepada suasana kampung, memang sesuai datang berehat, berkelah dan bersiar-siar di kawasan percutian Pantai Batu Hitam ini.

Rekreasi

Bukit Gambang Resort City, berlokasi 30km dari pusat bandar. Sebagai salah satu tarikan utama negeri Pahang, taman tema air yang sungguh happening bercuti bersama keluarga seharian disini. Boleh lihat disini.

Kuantan River Cruise, pengalaman menyusuri sungai Kuantan di malam hari. Disamping boleh bersiar-siar bersama keluarga dengan gerai-gerai jualan yang dibuka disepanjang pesisir sungai ini. Kedai makan juga ada tersedia.

Taman Bandar, hanya sekitar 2 km daripada InasHomestay.

Taman Gelora, tasik buatan yang cantik. Sebagai tempat untuk bersiar dan berekreasi bersama keluarga. Juga sebagai tempat beriadah disini kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan. Boleh lihat disini.

Dan....suka juga kami ingin berkongsi info ini.....ini ialah kadar parking yang menggunakan kupon letak kereta disekitar bandar Kuantan.



Semoga anda berpuas hati dengan info kali ini. Kepada semua pengunjung yang sudi memilih InasHomestay sebagai tempat penginapan, terima kasih daun keladi kami ucapkan. Insyallah, panjang umur kita berjumpa lagi...

Salam Mesra daripada kami di InasHomestay....:)