No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011....

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung inashomestay.blogspot.com...

Alhamdulillah, sudah menginjak ke tahun 2011. Masa seakan bergerak begitu pantas. Sedar tak sedar, kita sudah pun berada di permulaan tahun baru yang bakal merakamkan seribu macam peristiwa dan kenangan. 


InasHomestay ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih diatas kesudian semua pengunjung yang telah sudi bertandang bermalam menjadi tetamu Inashomestay sepanjang tahun 2010. Semoga kalian semua berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan disini.

Insyallah, kami di pihak InasHomestay akan sentiasa meningkatkan khidmat layanan dan menambahbaikan kemudahan tersedia untuk memastikan kepuasan dan keselesaan para pengunjung yang sudi bertandang ke homestay kami. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita akan terus terjalin dan berpanjangan.....

Selamat tinggal 2010...Semoga kehadiran 2011 akan memberikan kita lebih keberkatan dan rahmat kepada kita semua. Salam mesra yang berpanjangan daripada kami di InasHomestay.....

Tuesday, December 7, 2010

1432H..Lembaran baru


Assalamualaikum serta Salam Maal Hijrah 1432 buat semua pengunjung inashomestay.blogspot.com.......

Alhamdulillah, kita semua masih diberikan kesempatan dan peluang untuk memperbaiki diri. Dikesempatan lembaran baru ini, marilah kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik dengan positif minda.

Harapan kami, kepada semua pengunjung yang pernah dan yang bakal menjadi tetamu kami berpuas hati dan selesa dengan semua kemudahan yang disediakan di InasHomestay. Semoga InasHomestay akan terus menjadi pilihan para pengunjung semua sebagai tempat untuk tumpang berteduh sementara.



Insyallah, segala kemudahan yang tersedia akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa....

Akhir kata.....Semoga tahun baru ini menjanjikan kepada kita seribu rahmat disebalik amalam baik yang dilakukan. Aminn......Salam mesra daripada kami di InasHomestay....