No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Thursday, June 10, 2010

Santai di Teluk Chempedak

Ini adalah kawasan perkelahan yang menjadi tumpuan pengunjung apabila sampai di Kuantan. Lokasinya yang berhampiran 5km dengan pusat bandar menjadikan tempat perkelahan ini sering sesak dengan orang ramai terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Keindahan pemandangan pantai yang menarik perhatian pengunjung untuk bermandi-manda dan bersuka ria bersama keluarga....kanak-kanak riang bermain air dan pasir pantai


Dengan kawasan lanskap yang terjaga, bersih dan selesa, pengunjung berpeluang untuk bersantai dan lepak berlama2 disini ini dengan kaum keluarga. Terdapat banyak kemudahan awam disini yang menjadikan tempat ini sebagai satu tumpuan "all in one" yang selesa.

kawasan permainan untuk kanak-kanak..antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah surau dan juga tandas / bilik air

laluan riadah / susur jalan yang dibina khas untuk ke seberang pantai sana....sekiranya kena pada masa, pengunjung akan berpeluang untuk beramah mesra dengan sekumpulan monyet-monyet yang jinak, menambah lagi seri pantai yang cantik ini....juga terdapat trek untuk jungle trekking disini

jualan cenderamata sebagai kenang-kenangan dari sini untuk pengunjung membawa balik...terdapat juga menghibur jalanan disini dan pelukis potret gambar.



restoran dan gerai-gerai makan yang tersedia bagi pengunjung untuk mengalas perut dan menjamu selera

Anjung untuk melihat pemandangan pantai....


24 hours KFC & McD yang tersedia menanti...


Kedai cenderamata....


Pemandangan pantai di waktu petang. Dengan pasir yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat damai dan menyegarkan...

1 comment:

  1. boleh linkkkan dengan blog i http://gugusanhomestay.blogspot.com sy dan linkkan homestay tuan dengan blog saya

    ReplyDelete

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan