No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.

Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011....

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung inashomestay.blogspot.com...

Alhamdulillah, sudah menginjak ke tahun 2011. Masa seakan bergerak begitu pantas. Sedar tak sedar, kita sudah pun berada di permulaan tahun baru yang bakal merakamkan seribu macam peristiwa dan kenangan. 


InasHomestay ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih diatas kesudian semua pengunjung yang telah sudi bertandang bermalam menjadi tetamu Inashomestay sepanjang tahun 2010. Semoga kalian semua berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan disini.

Insyallah, kami di pihak InasHomestay akan sentiasa meningkatkan khidmat layanan dan menambahbaikan kemudahan tersedia untuk memastikan kepuasan dan keselesaan para pengunjung yang sudi bertandang ke homestay kami. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita akan terus terjalin dan berpanjangan.....

Selamat tinggal 2010...Semoga kehadiran 2011 akan memberikan kita lebih keberkatan dan rahmat kepada kita semua. Salam mesra yang berpanjangan daripada kami di InasHomestay.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan