No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Wednesday, May 25, 2011

Terbaik di YALA Seafood Restoran


Pakej menu dengan harga yang sangat berpatutan (boleh dikatakan murah...)


Ini salah satu restoran yang pengunjung mesti datang untuk menjamu selera dan InasHomestay tidak teragak2 untuk rekomen kepada semua. Menu dan masakan yang bakal dihidangkan disini pasti akan menambat selera semua. Dengan pilihan menu individu dan pakej yang tersedia, membuatkan pengunjung akan merasa berpuas hati dengan ketetapan harga yang berpatutan.

Ini pakej untuk 5 orang makan..lumayan sangat kan?


Pari bakar

 Kerang bakar

 Ketam goreng bercili

Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana signboardnya memang sudah jelas lagi bersuluh keceriaannya menarik perhatian pengunjung (credit to GREEN EARTH STUDIO & INDERA RESOURCES ). Lokasi nya bertempat di kawasan Batu Hitam / Balok, Beserah. Berdekatan dengan Hotel Swiss Garden & Resort. Sekiranya meluangkan masa untuk berpiknik di pantai Balok yang berhampiran, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung menjamu selera disini.



Semoga info yang InasHomestay sediakan ini berguna untuk semua pengunjung yang datang daripada luar. Selamat Menjamu selera ya....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan