No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Friday, May 7, 2010

Jom menjamu selera...

Bila berkunjung ke tempat orang, semestinya kita tidak akan lepaskan peluang untuk menjamu selera menikmati hidangan yang istimewa. Kami akan cuba untuk memberikan info mengenai edisi "Jalan-jalan cari makan" untuk pengunjung sebagai rujukan dan panduan apabila berkujung ke tempat kami.


Sara Thai Kitchen
Lokasi : Mempunyai 3 cawangan ( Di hadapan Sek. Men St Thomas, sederet dengan Kolej Cosmopoint & sekitar Berjaya Megamall )
Tidak lengkap rasanya kunjungan anda sekiranya tidak singgah menjamu selera di restoran ini. Merupakan sebuah restoran yang menyediakan hidangan ala-ala Siam yang pastinya akan menambat hati semua pengunjung.


Harga yang ditetapkan untuk setiap hidangan dan menu disini adalah amat berpatutan. Bagi penggemar masakan Siam, anda pasti akan membawa balik 'rasa' dan ingatan yang berpanjangan...:)




Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan di Restoran ini.....

2 comments:

  1. Ada ko-ordinat GPS tak? Kami orang luar, tak tahu bandar Kuantan. Terima-kasih. dari: Ahmad Kamil, Taiping.

    ReplyDelete
  2. Ahmad Kamil: Setakat ni belum ada servis ko-ordinat GPS yg disediakan. Insyalah, kami akan cuba untuk meletakkan sebanyak mungkin info mengenai Kuantan di laman ini.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan