Mee Kari yang enak...
Pisang goreng yang serangupnya...
Lokasi: Gerai-gerai makan, berhadapan dengan IKIP Campus di Taman Tasik Gelora (kawasan rekreasi dan riadah keluarga). Hanya 10 min sahaja daripada pusat bandar Kuantan.
Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk mengalas perut sesuai dengan persinggahan bagi sessi minum petang disini....Lokasinya yang strategik dengan menyediakan pemandangan menghadap ke pantai dengan lambaian pohon rhu yang merendang....
Laksa Penang yang wajib dirasa....sekali rasa pasti mau lagi :)
Air barli sebagai penyejuk tekak...
Cekodok pisang dan udang antara yang popular disini..Juga terdapat byk lagi pilihan kuih muih yang lain.
Lada jeruk penambah rasa yang lebih umphh!...
Mee sup daging yang popular...
Semoga kehadiran anda disini terutamanya di bandar Kuantan ini berpuas hati dengan segala kemudahan tempat makan yang terdapat disini. Kepada pengunjung Inas Homestay, jangan segan-segan bertanya kepada kami hala tuju anda untuk bergerak di bandar ini..insyallah, kami akan sentiasa sedia membantu.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan