No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Thursday, July 15, 2010

Hari Koperasi Negara 2010

Minggu ini..bermula dari 16-18 July, sambutan Hari Koperasi Negara 2010 akan berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2. Semoga majlis / expo koperasi ini mendapat sambutan daripada semua pengunjung yang hadir ke Bandar Kuantan ini....

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hari Koperasi Negara 2010 bertemakan "Masyarakat Bersatu Koperasi Maju" akan diadakan di Kuantan, Pahang mulai 16 Julai selama tiga hari. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sambutan itu akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambutan itu bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara, akan disertai 150 pengusaha koperasi dari seluruh negara yang akan mempamerkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka di tapak jualan yang disediakan.....

Kepada pengunjung INAS HOMESTAY yang mewakili pengusaha koperasi dari Terengganu, Terima Kasih kerana memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda. Semoga segala urusan anda disini berjalan dengan lancar...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kiriman mesej yang diberikan