No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Tuesday, November 23, 2010

Manfaatkan cuti sekolah bersama keluarga

Salam untuk semua....

Kejap ajer masa berlalu, rupanya kita sudah pun berada di penghujung tahun 2010. Penghujung tahun yang semestinya bakal dinantikan oleh anak-anak kerana sudah sampai masanya musim cuti akhir persekolahan untuk tahun 2010 ini.


Tentu ada pelbagai perancangan percutian yang telah dirangka. Apa yang penting, luangkan masa yang berkualiti bersama dengan insan tersayang dengan membuat perancangan bajet yang teratur. Bagi yang perancangan menuju ke destinasi Pantai Timur khususnya bertandang ke bandar Kuantan, Inas Homestay mengucapkan "Semoga selamat sampai ke destinasi dan berhati-hati semasa memandu di jalanraya".

Bagi pengunjung Inas Homestay, terima kasih kerana sudi bertandang dan bermalam disini. Insyallah, anda akan berpuas hati dengan segala kemudahan yang tersedia. Semoga bertemu kembali...:)

Wednesday, October 20, 2010

Layan Steamboat yang berbaloi



Ini ada info tempat makan yang best, mmg boleh direkomenkan kepada pengunjung yang datang ke bandar Kuantan ini. Restoran ni dah beroperasi lebih kurang setahun lebih. Lokasinya terletak di Jalan Beserah ( 15-20min melalui jalan bypass) dan lebih kurang 10 min dari pusat bandar Kuantan.




Kepada penggemar masakan / makanan ala-ala Steamboat, disini tempat yang patut dituju bagi menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan seafood. Tak usah ragu2, kerana pemilik restoran ini ialah berbangsa melayu (sbb masakan steamboat ini sinonim dengan kaum cina) jadi semestinya HALAL.





Waktu operasi bermula dari pukul 5pm-11pm. Selamat menjamu selera yer.....

Info jarak lokasi berdekatan

Salam kepada semua pengunjung blog InasHomestay....

Kali ni, nak share dengan pengunjung (khususnya kepada pengunjung yang datang ke Kuantan atas urusan kerja) semua mengenai info lokasi yang berdekatan dengan InasHomestay setelah agak lama juga tuan rumah x update apa2 di blog ini dengan info / makluman terbaru.

1. Pejabat FELDA wilayah Kuantan
    - jarak lokasi 1.5km 

2. Kolej Shahputra
    - jarak lokasi 2km

3. Kolej Komuniti
    - jarak lokasi 2km

4. Kampus Perubatan IIUM
    - jarak lokasi 5km

5. KOMTAR
    - jarak lokasi 3km

6. KWSP
    - jarak lokasi 4km

7. Pejabat Imigresen
    - jarak lokasi 4km

8. Stesen minyak Petronas ( ATM Maybank)
    - jarak lokasi 1.5km

9. Bank Rakyat
    -jarak lokasi 1.5km

10. 7-Eleven
    - jarak lokasi 500m dan 1.5km

Dan....yang paling penting, InasHomestay ini adalah sangat strategik lokasinya kerana berhampiran dengan Pusat Bandar Kuantan. Jarak lokasi tidak lebih dari 10km, memudahkan pergerakkan pengunjung untuk membuat pelbagai urusan di bandar.

Sekali lagi, kepada semua pengunjung bandar Kuantan yang pernah menginap di InasHomestay, kami ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda semua bermalam disini. Semoga kita berjumpa lagi di lain kali...Salam Mesra daripada kami di InasHomestay....

Tuesday, September 7, 2010

Salam Syawal Aidilfitri 1431H


"Dengan Ingatan Tulus Ikhlas..kami dari keluarga Inas Homestay ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada semua pengunjung Inas Homestay.

Semoga Ikatan Silaturahim Kekal Abadi....
Maaf Zahir & Batin"

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulilah....kita masih lagi berkesempatan untuk menikmati kunjungan bulan mulia Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan kita lebih rasa bersyukur dan tawakkal kepadaNya.

"Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam...Salam Ingatan mesra daripada kami di Inas Homestay....." 

Thursday, July 15, 2010

Hari Koperasi Negara 2010

Minggu ini..bermula dari 16-18 July, sambutan Hari Koperasi Negara 2010 akan berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2. Semoga majlis / expo koperasi ini mendapat sambutan daripada semua pengunjung yang hadir ke Bandar Kuantan ini....

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hari Koperasi Negara 2010 bertemakan "Masyarakat Bersatu Koperasi Maju" akan diadakan di Kuantan, Pahang mulai 16 Julai selama tiga hari. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sambutan itu akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambutan itu bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara, akan disertai 150 pengusaha koperasi dari seluruh negara yang akan mempamerkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka di tapak jualan yang disediakan.....

Kepada pengunjung INAS HOMESTAY yang mewakili pengusaha koperasi dari Terengganu, Terima Kasih kerana memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda. Semoga segala urusan anda disini berjalan dengan lancar...

Tuesday, July 13, 2010

Welcome back...:)

Salam kepada semua pengunjung.

Alhamdulillah, tuan rumah dah selamat balik daripada bercuti. Maaf sangat2 kepada mereka2 yang menghubungi kami melalui telefon kerana mungkin tiada respon kerana kami bercuti dan berada di "luar kawasan liputan"...

Bermula hari ini, tempahan untuk Inas Homestay dibuka semula. Kesempatan ini juga, pihak Inas Homestay ingin mengucapkan jutaan maaf kepada mereka2 yang berminat untuk menempah tetapi sudah di booking oleh pengunjung lain (sama tarikh). Semoga di lain masa kita akan berkesempatan untuk bertemu...

Kepada yang sudi menyinggah dan menempah untuk menginap disini, sekalung ucapan Terima Kasih kami ucapkan....

Tuesday, July 6, 2010

Makluman

Salam kepada semua pengunjung blog Inas Homestay ini. Tuan rumah nak bagitau sedikit makluman...

"Pada 7-12 Julai 2010, Inas Homestay tidak akan menerima sebarang tempahan untuk menginap disini. Tempahan akan dibuka semula pada 13 Julai 2010 seperti biasa..."
Diharap dengan makluman ini akan dapat membantu saudara/saudari membuat perancangan percutian anda sekeluarga di bandar Kuantan yang permai ini. Insyallah, kita jumpa nanti....:)

Tuesday, June 29, 2010

Singgah minum petang....

Mee Kari yang enak...

Pisang goreng yang serangupnya...

Lokasi: Gerai-gerai makan, berhadapan dengan IKIP Campus di Taman Tasik Gelora (kawasan rekreasi dan riadah keluarga). Hanya 10 min sahaja daripada pusat bandar Kuantan.



Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk mengalas perut sesuai dengan persinggahan bagi sessi minum petang disini....Lokasinya yang strategik dengan menyediakan pemandangan menghadap ke pantai dengan lambaian pohon rhu yang merendang....

Laksa Penang yang wajib dirasa....sekali rasa pasti mau lagi :)

Air barli sebagai penyejuk tekak...

Cekodok pisang dan udang antara yang popular disini..Juga terdapat byk lagi pilihan kuih muih yang lain.

Lada jeruk penambah rasa yang lebih umphh!...

Mee sup daging yang popular...

Semoga kehadiran anda disini terutamanya di bandar Kuantan ini berpuas hati dengan segala kemudahan tempat makan yang terdapat disini. Kepada pengunjung Inas Homestay, jangan segan-segan bertanya kepada kami hala tuju anda untuk bergerak di bandar ini..insyallah, kami akan sentiasa sedia membantu.

Monday, June 21, 2010

JOM HEBOH datang lagi....yeahh!


Insyallah..hujung minggu ni bandar Kuantan akan di penuhi oleh kesesakan pengunjung yang ingin beramai2 memeriahkan Karnival Jom Heboh TV3 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2. Tak perlu lagi rasanya di perjelaskan tentang karnival yang sememangnya sudah sedia maklum terkenal di serata negeri dalam Malaysia ini.


Lokasi ini hanyalah 7km atau <10 min daripada Inas Homestay. Kepada semua penduduk di negeri Pahang dan juga pengunjung daripada luar, "Selamat Datang" di ucapkan kepada anda semua. Semoga kemeriahan acara Karnival Jom Heboh ini tidak dicemari dengan peristiwa2 yang tidak diingini...Insyallah....

Dan kepada pengunjung yang sudi bertandang ke Inas Homestay, "Terima Kasih daun keladi diucapkan, Insyalah, panjang umur kita akan berjumpa lagi..."...