No 48. Lrg IM 2/43, Bandar Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur + 1 bilik serbaguna, 2 bilik air.


Friday, June 4, 2010

Pondok Laguna

Entri kali ini ingin berkongsi info tentang makan-makan lagi....:). Harap info ini dapat membantu pengunjung luar bagi memberi idea pilihan tempat makan untuk menjamu selera ketika berada di bandar Kuantan ini....

Restoran PONDOK LAGUNA ini terletak berhampiran dengan East Coast Mall di Putra Square di tengah pusat bandar Kuantan. Baru sahaja beroperasi kira-kira 3 bulan yang lalu yang menyediakan perkhidmatan sajian menu daripada seberang. Yang pastinya, Pondok Laguna ini telah disiarkan dalam episod 13 JJCM TV3.....glamer gitu....:)
No 47/47a (area Chinatown bazar),
Jalan Putra 3,
Putra Square 25200,
Kuantan,Pahang

 
aneka menu pilihan yang pasti akan menambat rasa dan selera anda semua....pasti cuba ya..:)



Es Tetel & Air Avocado

Gulai Isi (Ikan Merah)



Gado-Gado

Daging Dendeng


Ruang makan yang sangat selesa. Interior design pun cantik....Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. Hanya 15 min sahaja daripada Inas Homestay...Selamat Menjamu Selera ya...

Thursday, June 3, 2010

Panduan GPS


Sebagai panduan kepada pengunjung kali pertama ke Inas Homestay yang menggunakan khidmat alat GPS, disini kami letakan panduan titik peta dan kordinat yang sepadan sehingga sampai ke pintu homestay ini...

N 03' 49.054'
E103'17.775'
( ** tanda ' merujuk kepada darjah)


Dengan merujuk kepada alamat Inas Homestay seperti yang tertera di laman blog ini, pengunjung bolehlah memasukkan input yg bersesuai dengan data alamat yang ada.


Semoga dengan panduan ini dapat memudahkan perjalanan anda dan selamat tiba di Inas Homestay dengan jayanya. Kami menanti anda dengan salam kenalan yang berpanjangan......

Terima kasih kerana sudi singgah di Inas Homestay.....kita jumpa disana....:)

Thursday, May 27, 2010

Menyusuri Sungai Kuantan




Lokasi : Taman Esplanade ( di pusat bandar Kuantan, berhadapan dengan Hopsital Tengku Ampuan Afzan (HTAA))


Merupakan sebuah kawasan yang terletak betul-betul di pusat bandar bagi kunjungan keluarga yang ingin meluangkan masa bersama. Pengunjung akan dapat menjamu mata dengan keindahan lanskap dan alam semulajadi disini dengan Sungai Kuantan yang terbentang luas.


Antara kemudahan awam yang ada disini ialah taman permainan kanak-kanak, tandas awam, kedai / gerai makan, kerusi duduk santai dan juga perkhidmatan menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kuantan dan memerhatikan kelip-kelip. Maklumat tentang servis menaiki bot ini tertera seperti di papan tanda dibawah:

RM15 per head for adult & RM8 for child (jadual perjalanan 4 trip sehari)


antara pilihan jenis-jenis bot yang ada...


Untuk makluman, aktiviti memancing juga sering dilakukan disini dan paling sesak pada waktu malam terutamanya malam minggu. Seringkali juga diadakan Pertandingan Memancing disini.

Thursday, May 20, 2010

Taste Real Thai food here...

Lokasi : Lemon Grass Restauran at Tembeling Resort (melalui jalan masuk Taman Teruntum hingga ke dalam, tepi pantai)

Restoran ini terletak di puncak bukit dalam area Tembeling Resort ni. Excelli resort sgt sunyi dan tepat bagi ssiapa yang inginbeehat tanpa apa2 gangguan kesibukan bandar. View yang cantik menghala ke Pantai membuatkan pengunjung pasti akan jatuh cinta pabila berkunjung ke sini.


Susah untuk membuat telahan yang mana satu menu yang sedap sebab...semua pasti sedap dan mampu menambat selera anda. Harga yang ditawarkan disini amatlah berbaloi dengan nikmat rasa yang pasti berbeza disini.




This is recommended place to eat..mmg all the foodies was great here. Betul2 terasa kesedapan nya...yummy!...

Monday, May 17, 2010

Happy hour here....

Waktu santai di sini amatlah bermakna sekiranya diluangkan masa untuk mengunjungi gelanggang bowling bagi melepaskan segala tekanan yang ada... Seronok kan kalau sekali-sekala berjumpa dengan rakan-rakan.. dan juga ahli keluarga berpakat ramai-ramai untuk menguji kepantasan membaling bola di gelanggang ini.

Terdapat 2 gelanggang bowling yang utama disini iaitu terletak di dalam bangunan Berjaya Megamall (behampiran dgn Kuantan Medical Centre) dan juga di dalam bangunan Parkson Grand (behampiran dengan pasaraya Mydinn)



Bagi yang suka luangkan masa untuk menonton filem, terdapat 3 panggung wayang yang utama disini. GSC terletak di East Coast Mall dan juga di Berjaya Megamall....manakala sebuah panggung wayang terletak di dalam bangunan Kompleks Teruntum.



Di pusat bandar ini juga, terdapat 4 buah Pusat Membeli Belah yang menyediakan pelbagai jualan yang menarik sepanjang tahun. East Coast Mall merupakan pusat membeli belah yang terbesar dan menjadi daya tarikan utama pengunjung ke bandar ini. Selain daripada itu, Berjaya Megamall, Kuantan Parade dan juga Parkson Grand juga menjadi pilihan ramai pengunjung untuk bertandang mencuci mata dan membawa ahli keluarga keluar bersantai dihujung minggu.


Happy Shopping for all...and happy hour here..!..:)

Saturday, May 15, 2010

Mini zoo


Lokasi : Taman Teruntum

Terletak berhadapan dengan Padang Golf, sebelah kiri jalan menghala ke Teluk Chempedak. Merupakan sebuah mini zoo, disini terdapat sekumpulan kecil binatang-binatang yang dapat dilihat dengan jarak yang dekat.




Selain Mini Zoo, disini juga terdapat taman permainan kanak-kanak yang menjadi kebiasaanya akan sesak pabila tiba hujung minggu ataupun cuti umum. Gerai-gerai makan pula mmg tersedia menanti pengunjung yang ingin membasahkan tekak dan mengalas perut dengan juadah minum petang

Friday, May 14, 2010

Tanjung Lumpur...mesti pergi!

Lokasi : Tanjung Lumpur (kawasan pantai)

Restoran Seafood & Ikan bakar

Tidak lengkap kunjungan anda sekiranya tidak merasai keenakaan masakan dan hidangan bermacam jenis seafood di kawasan ini. Terdapat lebih daripada 10 buah restoran di kawasan ini yang menyediakan pelbagai menu berasaskan seafood dan tentunya kelazatan ikan bakar yang menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung...
Gerbang masuk yang unik
At SANTAI Restoran, boleh letak 4.5 bintang utuk kedai makan ni. Selain daripada keenakan menu dan hidangan tersedia, ruang makan yang selesa dengan lanskap yg cantik juga harus diberi pujian. Bagi yang membawa anak-anak, tidak usah risau sekiranya membiarkan mereka bebas bergerak kerana Restoran ini berada dalam kawasan yang selesa dan strategik.

Pilihan makan di Gazebo
Pilihan menu desert untuk hidangan buffet (atas tempahan)

Ada ketika, kalau dihujung minggu dan hari cuti umum pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana restoran ini biasanya sesak dikunjungi dengan pengunjung.


Jom riadah....

Taman Gelora
Lokasi : 5-10 min dari Pusat Bandar Kuantan

Pemandangan yang sungguh menyaman mata pengunjung disini. Terdapat tasik buatan yang dikelilingi dengan trek untuk berjongging dan beriadah. Juga disediakan dengan alatan senaman di sepanjang trek jogging, membuatkan tempat riadah ini sering dikunjungi.


Kemudahan yang tersedia (seperti dalam gambar diatas) adalah untuk keselesaan pengunjung. Pasar Malam yang diadakan (setiap hari Ahad) juga merupakan lokasi yang strategik untuk pengunjung bersantai sambil menikmati juadah ringan bersama keluarga disini.



Bagi yang gemar mengabadikan kenangan, tempat ini sesuai untuk dirakamkan photo kenangan dengan keindahan alam semulajadiNya.....